Friday, January 13, 2023

Haaru Sport Fitness

 Company Profil

Slogan Syarikat 

 Fitness memperkasakan masa depan anda

Latar belakang syarikat

Haaru Sport Fitness ditubuhkan sebagai syarikat fitness tranning perkongsian pada tahun 15 april 2021 di bawah akta syarikat di malaysia. Syarikat ini dikenali sebagai Haaru Sport Fitness yang difikirkan dengan bernas sesuai untuk maju setapak pada masa akan datang. Haaru Sport Fitness ditubuhkan dari cetusan idea bersama kami bertiga. Pada mulanya syarikat ini dibangunkan secara kecil-kecilan seperti lot kedai biasa sehinggalah jenama ini mula dikenali ramai dan mulalah terciptanya sebuah syarikat yang lebih besar. Ibu syarikat Haaru Sport Fitness bertempat di green solution lot G8 kiosk mart kz Proton City 35800 Tanjung Malim Perak.

Visi Syarikat

 Memupuk, mambangun, dan mengalakkan fitness tranning kepada orang ramai yang mengalami masalah obesiti.

Misi Syarikat

Berusaha menjadikan sebuah syarikat fitness tranning yang berkesan terhadap orang ramai yang mengalami masalah obesiti

Objektif Penubuhan Syarikat

Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dari segi pemakanan, latihan fizikal yang betul untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. 

Individu profil

Nama: Muhammad Haikal Azriq Bin Ery Azrul

Umur: 22 tahun

Negeri kelahiran: Selangor

Jawatan: Manager

Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Dan Kejurulatihan

Pengalaman: i) Menjadi instraktur kepada pelajar universiti semasa program badang challenge

                    ii) Menjadi instraktur kepada pelajar sekolah rendah menunjukkan senaman fizikal

                   iii) Menjadi jurulatih separuh masa fitness trainning kepada orang ramai yang berminat



Nama: Abdullah Abul Azfar Bin Mohd Roslan

Umur: 26

Negeri kelahiran: Kelantan

Jawatan: Asisstant Manager 1

Kelayakan:

         i.            Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Dan Kejurulatihan

       ii.            OUTREC2 Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap 2

     iii.            Kursus Cabaran Tali Tinggi Tahap 1

Pengalaman:

         i.            Menjadi pembantu jurulatih OUTREC1

       ii.            Menjadi jurulatih kursus tali tinggi

     iii.            Menjadi jurulatih Wall-Climbing negeri

     iv.            Menjadi instraktur Zip-Line

       v.            Menjadi Gym Trainer separuh masa

     vi.            Menjadi penasihat nutrisi separuh masa



Nama: Amirul Hakim Bin Zainal Rashid

Umur: 25 Tahun

Negeri Kelahiran: Kuala Lumpur

Kelayakan: Diploma Pengurusan Sukan, Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Dan Kejurulatihan

Pengalaman: OUTREC 1 (Asas Rekreasi Tahap 1) & Pembantu Guru Sukan (Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak)

Jawatan: Assistant Manager 2

Info tentang obesiti di malaysia

Menurut World Population Review (2019), Malaysia mencatat 15.6% kadar kegemukan yang tertinggi di asia tenggara. Obesiti di malaysia telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, diabetes.Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng berkata kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000. Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum india, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti melayu sebanyak 22.4 peratus dan cina, 19.5 peratus. Sebuah pusat penjagaan kesihatan, iaitu the weight manager information centre (WITC) ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa panjang. Kini, obesiti di Malaysia telah meningkat dengan kadar yang tinggi iaitu 16.8 juta bersamaan dengan 60% daripada 28 juta, kejadiaan ini berpunca akibat daripada amalan gaya hidup sihat yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang, ditambah pula dengan tidak suka bersenam. Selain itu, kesibukan berkerja, banyak menghabiskan masa didepan komputer, pertumbuhan restoran makanan segera yang tinggi turut menjadi faktor berlakunya obesiti.

Bagaimanakah Sport Coaching mampu membantu pengidap obesity?

Berat badan akan dapat dikekalkan atau dikurangkan apabila penggunaan tenaga melebihi pengambilan tenaga (di ambil daripada makanan seharian). Selain dari pengambilan makanan yang sihat, melakukan senaman yang berkala juga merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan. Senaman dapat didefinisikan sebagai pergerakan berterusan dan berstruktur dalam tempoh masa tertentu.

            Kombinasi senaman berintangan dan pengamalan diet yang rendah terbukti berkesan dalam penurunan berat badan. Ianya mampu membantu dalam peningkatan Resting Metabolic Rate.

Senaman yang berkesan bagi pembakaran lemak badan dan kalori.

Pelbagai jenis senaman disarankan untuk berat badan. Kombinasi senaman  jenis aerobik dan senaman berintangan adalah yang paling disarankan.

·         Berjalan, berlari, berbasikal dan berenang adalah jenis-jenis senaman kardiovacular (aerobik) yang diamalkan di dalam kebanyakan Program Penurunan Berat Badan (Gormley SE, Swain DP, High R, et al., 2008). Program senaman menggunakan Interactive Video Dance Game (IVDG) yang lebih menarik turut berkesan dan menunjukkan peningkatan tahap kefungsian Kardiorespiratori dan penurunan BMI di kalangan golongan dewasa (Anne Mejia-Downs, Stacie J., 2011).

·         Kombinasi senaman berintangan dan senaman ketahanan terbukti untuk meningkatkan penggunaan tenaga badan dan dapat menurunkan berat badan. Senaman berintangan dan senaman ketahanan yang dilakukan secara bersendirian turut terbukti secara meluas di dalam meningkatkan kekuatan badan dan jantung (aerobik) (Brett A., 1998).

 Menggunakan FORMULA KARVONEN seperti berikut:

  1. Prosedur 1 : Baca dan kira Tekanan Nadi Rehat

(Tekanan Nadi Rehat digalakkan dikira pada keadaan rehat sepenuhnya sebelum melakukan sebarang aktiviti)

2.            Prosedur 2: Kira Maximum Heart Rate

Maximum Heart Rate = 220 – Umur

3.            Prosedur 3: Kira Heart Rate Reserve

Heart Rate Reserve = Maximum Heart Rate – Tekanan Nadi Rehat

4.            Prosedur 4: Kira Target Heart Rate

5.            60%

(Heart Rate Reserve x 60%) + Tekanan Nadi Rehat

  1. 70%

(Heart Rate Reserve x 70%) + Tekanan Nadi Rehat

Anda dinasihatkan untuk memulakan senaman pada lingkungan intensiti 60 to 70% of Maximum Heart Rate mengikut keupayaan setiap individu. Peratusan tersebut boleh ditingkatkan kemudian sekiranya berkeupayaan. Anda dinasihatkan untuk mengukur Training Heart Rate semasa dan selepas selesai bersenam dan perlu memastikan Training Heart Rate sentiasa berada di dalam lingkungan Target Heart Rate (seperti di Prosedur 4) untuk tujuan keselamatan.

Bagaimana untuk bersenam aerobik menggunakan Formula FITT?


Aktiviti syarikat (Haaru Sport Fitness) tawarkan:

·         Rundingan nasihat pemakanan dan latihan senaman. Pelanggan yang ingin melakukan aktiviti atau program di Haaru Sport Fitness boleh mendapatkan nasihat daripada pakar kami terlebih dahulu sebelum menyertai program.

·         Ruangan Gim. Haaru Sport Fitness menyediakan kelengkapan gim yang penuh seperti heavy weight & free weight equipment, thread mill machine, dan sebagainya kepada pelanggan yang meyertai program kami.


 ·         Pelan percubaan awal. Haaru Sport Fitness juga menawarkan “pelan percubaan awal” untuk pelanggan yang mahu mencuba aktiviti yang ditawarkan untuk mendapatkan keyakinan serta maklum balas yang positif daripada pelanggan sebelum mereka menjadi ahli tetap untuk meneruskan aktiviti di tempat kami.

Faedah yang akan pelanggan dapat daripada menyertai program Haaru Sport Fitness:

·         Dapat melakukan aktiviti senaman dengan cara yang betul dan tepat mengikut tahap kesukaran yang sebenar. Di samping itu, pelanggan juga dapat mengikuti cara pemakanan yang betul dan juga diet yang sihat atas nasihat daripada pakar kami.

·         Pelan percubaan awal yang kami tawarkan banyak memberi kesan yang positif kepada ramai pelanggan dan ini membuatkan ramai pelanggan ingin meneruskan program dengan menjadi ahli tetap di Haaru Sport Fitness.

·         Ruangan Gim yang besar dan mempunyai kelengkapan alatan yang mencukupi memudahkan para pelanggan untuk mengikuti program serta dapat menampung jumlah yang ramai dari satu sesi kepada satu sesi yang lain.

 


Haaru Sport Fitness

  Company Profil Slogan Syarikat   Fitness memperkasakan masa depan anda Latar belakang syarikat Haaru Sport Fitness ditubuhkan sebagai syar...